Friday, 8 August 2014


                                                       Assalamualaikum semuaa :D






Resepi Siakap Stim Taucu

Bahan-Bahan:

1 ekor siakap (sederhana besar)
2 sudu besar taucu
2 sudu besar sos ikan
sedikit perahan jus limau
Bahan dihiris halus:
1 btg serai
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 cm halia
cili merah
1 biji tomato
daun ketumbar/ daun sup

Cara Membuat:

Gaulkan ikan bersama taucu, sos ikan dan sedikit garam.
Taburkan bahan dihiris halus (kecuali tomatodan daun ketumbar)
Kukus dalam pengukus selama 15 minit
kemudia masukan tomato dan daun ketumbar/daun sup
Kukus lagi selama 5 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan

Nota: Berhati-hati ketika memasukkan garam kerana taucusudah mempunya rasa masin yg kuat.

No comments:

Post a Comment